sebenarnyer xkesah pn tp teman sorg ni xsuke....
Kucing oh Kucing...nape x g kat meja lain..sini jgk die nk dtg....sampai seluar aku ko lanyak nk mkn..
kesian nyer pasal..bagi gak nasi kerabu+ lada solok....padan muke..muahaha...
Bukan ape bile kucing dah kene suar....tkut bulu die lekat...
Tahukah anda Hukum bulu kucing???
Erm..jom kite research..ade setengah ulama kata
bulu kucing itu adalah najis...
ade setengah ulama kata
bulu kucing termasuk perkara2 yg dimaaf disisi syarak..
(Refer to dis: soal jwb agama & Halaqah)
Adakah bulu kucing bulu unta serta bulu binatang2 lain dikira sebagai najis?
dan adakah perlu kepada kita untuk memperbaharui wuduk apabila tersentuh bulu yg telah terpisah daripada badan kucing tersebut??
adakah ia dikira sebagai bangkai?
kalau boleh ustaz sertakan dengan dalil skali..
Jawapan:
Masalah bulu binatang ini ada dibincangkan oleh para ulama. Kalau bulu haiwan bangkai(sama ada haiwan yang tidak disembelih atau haiwan yang tidak boleh dimakan selain anjing dan babi), ada perselisihan pendapat ulama berkenaannya.
Berbalik soalan anda, ada dua kategori, bulu kucing dan bulu anjing.
i) Jika bulu unta, ia adalah suci sebagaimana ijmak yang dinukilkan oleh al-Nawawi.
Kata al-Nawawi (al-Majmuk 1/241) :
“Apabila dicabut bulu atau suf (bulu untuk biri2) atau wabar (bulu utk lembu) dari haiwan yang boleh dimakan, maka ia suci berdasarkan nas al-Qur’an dan ijmak Ummah”.
“Apabila dicabut bulu atau suf (bulu untuk biri2) atau wabar (bulu utk lembu) dari haiwan yang boleh dimakan, maka ia suci berdasarkan nas al-Qur’an dan ijmak Ummah”.
ii) Manakala masalah bulu kucing, ini ada khilaf di sisi ulama.
Di sisi mazhab Syafie:
Ia adalah najis. Ini juga adalah pendapat Ata’’.
Ia adalah najis. Ini juga adalah pendapat Ata’’.
Di sisi Malik, Ahmad, Ishaq dan al-Muzani:
Mereka membezakan antara tulang, tanduk, gigi, kuku dan antara bulu (sama ada bulu spt burung, kambing dll). Mereka mengatakan tulang atau tanduk najis, manakala bulu adalah suci.
HUBUNGANNYA DENGAN SEMBAHYANG
Menurut hukum syarak syarat sah mengerjakan
sembahyang itu hendaklah bersih daripada segala najis baik pada pakaian, tubuh badan dan tempat sembahyang.
Oleh itu, jika terdapat bulu binatang yang hukumkan najis pada pakaian atau badan maka sembahyang itu tidak sah kerana menanggung sesuatu yang najis. Kecuali jika bulu yang najis itu sedikit, seperti sehelai atau dua helai, kerana ia dimaafkan. Melainkan bulu anjing atau babi kerana ia tetap najis walaupun hanya sedikit. (AL-Feqh Al-Islami Wa Adilatuh ayat 1/175).
Apakah yang harus dilakukan oleh orang yang sedang sembahyang mendapati ada bulu najis pada pakaiannya?
Menurut Ashhab Asy Syafi’e, apabila orang yang sedang sembahyang itu mendapati ada najis yang kering pada pakaian atau badannya, maka pada saat itu juga hendaklah dia mengibas najis tersebut. Jika dia mendapati najis yang basah pula hendaklah dia segera menanggalkan atau mencarik pakaiannya yang bernajis itu tanpa menyentuh najis tersebut. Adapun jika dia tidak segera menanggalkan atau mengibas pakaian yang bernajis itu maka batal sembahyangnya.
Pakaian yang terkena bulu yang najis hendaklah terlebih dahulu dibersihkan. Cara membersihkannya ialah jika bulu itu kering dan pakaian atau anggota badan yang tersentuh bulu itu juga kering adalah memadai dengan menanggalkan najis itu sama ada dengan mengibas, mengibar atau menyapunya. Adapun jika bulu itu basah ataupun pakaian atau anggota badan yang terkena najis itu sahaja yang basah maka hendaklah ditanggalkan najis itu dan dibersihkan dengan air yang suci disekitar yang terkena najis. (Fath Al-‘Allam, Kitab Ath-Thararah, Bab Izalah An-Najasah ayat 1/347).
Oleh kerana persoalan memakai pakaian daripada bulu itu adalah berkaitan dengan persoalan hukum najis, maka perlulah kita berhati-hati dalam memilih dan memanfaatkannya supaya pakaian yang dipilih itu diyakini diperbuat daripada bulu yang suci dan boleh kita guna pakai seperti ketika sembahyang dan sebagainya.
Menurut mazhab Syafi'i dan Hanbali, bulu kucing yang tertanggal dari tubuh badannya adalah najis. Bukan setakat kucing, tetapi bulu binatang yang tidak halal dimakan akan menjadi najis apabila tertanggal dari tubuh badannya, samada semasa hidupnya atau selepas mati.
Namun menurut Hanafi dan Maliki, ia adalah suci.
Wallahualam...
Note: rujukan di ambil seperti tertera di atas
No comments:
Post a Comment