Sponsored By

Thursday, July 26, 2012

Rahsia Cinta Mereka

Kisah Cinta Ali yang tabah dan tak putus berusaha.....
Kawan-kawan mungkin akan rase malas nk bace..
sbb panjang sgt ye..
Takpe pelan-pelan....best tau..dapat jadikan iktibar~


Ali Bin Abu Talib sangat menyanyangi Fatimah binti Muhammad. Dari kecil lagi rasa sayang itu sudah ada. Ali mengagumi ketabahan yang setia di sisi ayahnya walaupun seluruh musyrikin Mekah menentang dan menghina. Fatimah gadis lembut dan tegas. Beliau gadis santun dan bersemangat waja. Tubuhnya kecil tetapi berjiwa kuat. Beliau gadis impian ramai pemuda. Wajahnya yang bersih dan mulus semakin menambahkan rasa sayang dalam hati Ali.

Ya hatinya kecewa apabila mendengar Abu Bakar melamar Fatimah. Wajahnya tertunduk hampa dan semakin tunduk apabila membandingkan dirinya dengan Abu Bakar. Abu Bakar adalah sahabat Rasulullah yang paling dekat dan paling dipercayai. Beliau sanggup menahan bisa ular yang mematuknya semata-mata tidak mahu Rasulullah yang sedang tidur di atas ribanya terjaga. Tidak pernah sekalipun beliau menafikan kata-kata Rasulullah. Malah beliau berjaya menyentuh banyak hati bangsawan dan orang-orang penting Mekah terhadap Islam melalui dakwahnya.


"Sedangkan dirinya?" Ali tertunduk lagi. Beliau pasrah walaupun benar-benar menyayangi Fatimah. Apakah rasa sayang itu cinta? Ya, itulah cinta. Dan kerana cintanya, beliau rela melihat kebahagiaan Fatimah di sisi Abu Bakar.

Beberapa hari kemudian, beliau kehairanan. Khabar terbaru yang diterima, lamaran Abu Bakar ditolak Rasulullah. Mengapa? Bukankah Abu Bakar calon paling layak untuk Fatimah? Walaupun begitu, hatinya kelegaan. Mungkinkah beliau masih berpeluang terhadap Fatimah?


Kelegaanya tidak lama. Saingan yang lebih hebat menghulur lamaran kepada Fatimah. Ya, Umar Al-Khattab, lelaki pemisah kebenaran dan kepalsuan juga berniat menjadi menantu Rasulullah. Ya Allah....apakah ini akhir takdirnya?? Bagaimana beliau dapat menafikan kehebatan Umar? Malaikat sendiri tunduk hormat kepadanya malah syaitan pun lari jika berhadapan dengannya. Keislamannya membuatkan Islam semakin teguh dan para musyrikin Mekah tidak berani lagi sewenang-wenangnya mengangkat muka menghina agama Allah swt itu. 


Untuk kali kedua, Ali tertunduk lagi. Benarlah cinta itu adalah pengorbanan. Dan sekali lagi, DIA sanggup berkorban melepaskan Fatimah ke tangan Umar jika itu dapat menjamin kebahagiaan Fatimah.


Tetapi, beliau kehairanan sekali lagi. Rasulullah masih menolak pinangan Umar itu. Umar? Mengapa Rasulullah menolak Umar? Lelaki bagaimana lagi Rasulullah mahukan sebagai suami puteri kesayangannya itu? Bukan Abu Bakar, bukan Umar. Lalu, siapa?

Kali ini, Ali mahu mencuba nasib. Mana tahu Rasulullah akan menerimanya. Bukankah beliau antara yang paling rapat dengan baginda? Teman-temannya membantu menaikkan semangatnya. Tetapi beliau hanya pemuda miskin yang langsung tidak mempunyai harta. Adakah Rasulullah akan memandang ketulusan hatinya untuk Fatimah melebihi kemiskinannya?


Walau apapun, Ali harus mencuba. Lalu beliau memberanikan diri menemui Rasullulah. Dengan hormat dan penuh hati-hati beliau menyampaikan niatnya untuk menikahi Fatimah. Terbayang di fikirannya, harta yang dimilikinya hanya satu set baju besi manakala di rumahnya hanya ada tepung sebagai makanannya.


Ali berdebar-debar menanti jawapan Rasulullah. Jika baginda menolak, beliau akan memahaminya. Jika baginda menerima sungguh beliau lelaki paling beruntung di muka bumi tuhan ini.


"Ahlan wa sahlan, wahai Ali, " kata Rasulullah sambil tersenyum. Ali terpinga-pinga. Apakah maksudnya? Adakah lamarannya ditolak atau diterima?


"Engkau diterima,wahai Ali. Engkau diterima!" Begitu gembira teman-temannya mendengar jawapan Rasulullah yang dikhabarkan oleh Ali itu.


Ali tidak percaya. Lamarannya diterima? Subhanallah.....Allahuakbar..sesungguhnya Engkau maha pemberi nikmat dan Engkau memberikannya kepada sesiapa yang Engkau kehendaki.


Pernikahan mereka berlangsung dalam majlis yang cukup sederhana. Namun itu sudah cukup bagi memulakan kisah cinta mereka yang penuh dengan bunga-bunga iman dan taqwa. Hati Ali dan Fatimah akhirnya bersatu di bawah naungan redha Allah dan RasulNya. Ali bahgia dalam cintanya. Bahkan tambah bahagia apabila Fatimah mengakui, beliau sendiri sebenarnya sangat mengagumi Ali dan jatuh cinta pada pemuda itu sejak dulu.


Sudah jelas, cinta itu perlu diusahakan. Bukan sekadar berdiam diri dan merelakan kehilangannya. Tetapi cinta itu memerlukan pengorbanan. Dan hanya mereka yang berani seperti Ali sahaja yang layak memiliki cinta gadis seperti Fatimah..


HOPE YOU LIKE IT YA!! 



~TAMAT~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

sponsored by